Alhamdullilah.

“Barangsiapa menyembah Allah kerana berkehendakkan sesuatu ganjaran adalah tanda tidak ikhlas. Penyembahan yg ikhlas ialah kerana Allah semata dan mengakui ketuhananNya iaitu rububiyahNya(sifat-sifat Allah yg mengkontrol dan memelihara sekalian alam). Orang yg ikhlas itu menyembah Allah kerana memandangkan KetuhananNya, kerana sememangnya Dia sahaja yg patut disembah. Sudah sepatutnya dia patuh dan mengabdikan diri kepada Allah yg mengkontrol segala-galanya, yg mengkontrol dirinya, gerak dan diamnya, bahkan apa sahaja. Sihamba itu dan apa sahaja kepunyaannya adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua. Bagaimana tidak? Semua lakuan penyembahan adalah kurniaan Allah dan limpahan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya kerana Dialah yg memberi kekuatan kepada sihamba itu untuk melakukan penyembahan itu dan memberi sihamba itu kuasa atasnya. Syukur kepadaNya itu adalah lebih baik dari meminta ganjaran kerana membuat lakuan ibadat atau penyembahan itu”

_FUTUHUL-GHAIB